Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.da] | جندا

Definisi : orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pe­malu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.da] | جندا

Definisi : ; ~ baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak, Pentace triptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.da] | جندا

Definisi : perempuan yg sudah berkahwin tetapi bercerai dgn suaminya atau kematian suami. menjanda sudah bercerai; hidup sbg janda: Halimah telah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jan.da] | جندا

Definisi : ; ~ kaya nama sj pokok renek atau bunganya, Allamanda spp.. ~ merana nama sj pokok hiasan yg daunnya halus dan dahannya melentur, Salix babylonica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janda

Puisi
 

Mak! Mak! Mintaku lada,
     Hendak menyayur pisang tumbang;
Mak! Mak! Mintaku janda,
     Janda muda beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Janda berhias.

Bermaksud :

Janda yang belum beranak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Janda Kaya dengan Janda MiskinYulis Hj AlwiKeluarga1 November 1991
Janda Penjual Sayur Imogiri-YogyaSantosa, Iman BudhiHorison1 February 2007
Janda BaikZurinah HassanDewan Sastera1 January 2004
Janda muda ke pasar malamAhmad J.HuseinUtusan Kiblat1 October 1989
JandaMohd. Salleh RahmatUtusan Kiblat1 September 1986
JandaShamimHiboran15 October 1949
Janda Baik tempat berteduhTiadaKeluarga1 October 1995
JandaTeruna DesaMesra1 May 1971
JandaWyse, LoisWanita1 January 1979
Janda MudaMohd. Zati HamidURTV1 November 1996
12

Kembali ke atas