Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
JantungSaifuzzaman Haji YusofDewan Kosmik1 March 2007
Jantung: Normal, Paru-Paru: BersihRubaidin SiwarDewan Pelajar1 August 1979
Jantung BorneoDayang FazelahDewan Siswa1 December 2008
Jantung gagal berfungsiSaifuzzaman Haji YusofDewan Kosmik1 May 2007
Jantung boleh terhenti jika tonton 'Chermin"Azran HussinMedia Hiburan22 October 2005
Jantung bionikZaiton NasirDewan Siswa1 July 1992
Jantung-Hati NegaraLeo A. W. SIbu1 July 2003
Jantung dan peredaran darahRubaidin SiwarDewan Siswa1 October 1982
Jantung HatiAzrak, NMastika1 March 1976
Jantung: lokasi dan fungsiRobaayah SambahariDewan Kosmik1 June 1995
123456

Kembali ke atas