Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gema forum juara antara juaraKho Thong EngPelita Bahasa1 December 1994
Juara Termuda Gran PrixTiadaDewan Masyarakat1 October 2008
Juara pentas! [oleh Eddy Rosyadie]Azrina Md. ZinDewan Siswa1 August 2007
Juara PersahabatanNurul Fazliani KamarulzamanDewan Siswa1 May 2005
Juara skuash remaja AustraliaRasbinaDewan Siswa1 February 1997
Juara (novel), S. Othman Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 1976, 159 halamanShahnon AhmadDewan Bahasa1 December 1976
Juara (novel), S. Othman Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 1975, 168 halamanJohan JaaffarDewan Bahasa1 January 1978
Juara DrumbandAnanda, YusakhDewan Sastera (Lembaran Mastera)1 December 2003
'Juara' yang tidak 'Tewas'Faisal TehraniTunas Cipta1 November 2003
Juara Kalah IIMohd.Mansur AbdullahSarina1 August 1979
12345

Kembali ke atas