Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.di] | جودي

Definisi : permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. meng­guna­kan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm ke­adaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn mem­per­juangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.di] | جودي

Definisi : permainan dgn bertaruhkan wang (main pakau, main dadu dll). berjudi bermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~. menjudikan menggunakan wang dll sbg taruhan; mempertaruhkan. perjudian 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. penjudian perbuatan atau hal menjudikan. penjudi orang yg suka berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata judi

Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Judi boleh menghancurkan negaraTan Chee TeongDewan Siswa1 June 1990
Judi: senjata syaitan menghancurkan manusiaAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 August 1989
Tahi JudiAbdul Kudus, EhsanMastika1 January 1971
Apa untungnya judiLokman IsmailDewan Masyarakat1 April 1988
Escobar mangsa judi bola sepakNoor Khairiyati Mohd. AliDewan Masyarakat1 August 1994
Bahtera Di Puncak Gunung JudiMohd Azli Lee AbdullahDewan Agama & Falsafah1 March 2003
Kejatuhan nilai RM: Perdanan Menteri wajar tolak SorosPahrol Mohd. JudiDewan Ekonomi1 October 1997

Kembali ke atas