Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jumlah tenaga buruh, bilangan mereka yang bekerja dan kadar pengangguranJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 February 2008
Jumlah graduan mendapat pekerjaan setelah menjalani skim latihan graduan ke-3 (sehingga 12 Februari 2007)Muhammad Faiz Mohd. AliDewan Siswa1 November 2007
Jumlah dalam bahasa MelayuAhmad Khair Mohd. NorPelita Bahasa1 June 2006
Bukan Jumlah yang KecilWan Muhammad Hazim Wan MustapaDewan Masyarakat1 January 2009
Patutkah jumlah syarikat di papan kedua dikurangkanMohd. Salleh MajidDewan Ekonomi1 March 1995
Permainan mereka jumlahAli YaakubDewan Siswa1 September 1981

Kembali ke atas