Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lan­car; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, keke­juran, kecanggungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1 tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2 ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaku (adjektif)
1. Bersinonim dengan kejang: kejur, tegang, keras,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan canggung, kekok, janggal.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kaku Dalam KeterasinganAhzattul Samaziah Ahmat MarzukiDewan Siswa1 October 1993
Mengeja Kaku dan Ong dalam jawiAbdul Jalil AnuarPelita Bahasa1 December 2006
Improvisasi Aksi Kaku dalam Bujur Lalu Melintang PatahFaziah SulaimanDewan Sastera1 February 2002
Foto Yang KakuAhadiat AkashahFantasi1 April 1993
Kenangan Ini Takkan KakuNoriza SaberiDewan Sastera1 September 2008
Sebutan baku @ kakuZaharah NawawiPerempuan1 April 2000
Kutipan 'Tangan-Tangan Kaku'TiadaDewan Siswa1 August 1979
Sastera yang beku dan kaku (diwawancara oleh Zaiton Abu Samah)Azman HashimDewan Sastera1 February 1993
Plot dan Keindahan Plot Serta Tema dan Ajaran Cerpen "Kaku" dalam Antologi Cerpen Jalan Bengkok ke Rumah- Rahimi A.B.DK. Zurinawatie Pg. RazaliBAHANA1 January 2008

Kembali ke atas