Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lah] | کاله

Definisi : 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lah] | کاله

Definisi : 1 tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang: Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2 menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll: Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3 kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding: Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Berjudi kalah lari ke mana,
     Lari ke hutan ke celah rimba;
Abang nak bujang sampai ke mana,
     Kalau tak boleh macam adinda.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Adat juara kalah menang.

Bermaksud :

Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Situasi "Kalah - Kalah" Bahasa di MalaysiaFatimah BunyaminPelita Bahasa1 June 2003
Kalah mati dan kalah singkir-Pelita Bahasa1 July 2007
KalahShamsul IdzamTunas Cipta1 May 2005
Kalah Atau Menang?Siti Hajar Mohd. ZakiDewan Siswa1 December 1996
Menang-kalah atau menang-menang?A. Aziz DeramanDewan Bahasa1 October 2007
Perang: kalah jadi abu menang jadi arangAripin SaidKarya1 April 1998
Mengalah, Kalah dan Salah...S. Huda S. HasanMinda1 April 2002
Juara Kalah IIMohd.Mansur AbdullahSarina1 August 1979
Clinton kalah di negara sendiriRazak Rashid GhowsDewan Siswa1 December 1994
Biar kalah, jangan mengalahZaharudin Abdul RahmanTunas Cipta1 December 2004
123

Kembali ke atas