Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang­-barang berharga; ~ bicara bilik tempat ber­unding; ~ bola rumah tempat bersenang­-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar bulan; alkamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl ikat pinggang: maka dikurniai Shah Alam akan Sultan Mansor Shah itu drpd kullah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ruang dlm rumah yg diberi bersekat; bilik. ~ baca bilik tempat membaca. ~ besi bilik berdinding besi tempat menyimpan barang-barang berharga. ~ gelap a. bilik yg bertutup rapat di penjara. b. bilik tempat mencuci gambar. ~ tamu bilik tempat menerima tetamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kamar (kata nama)
Bersinonim dengan bilik, ruang, bilit.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kamar Sepi dan Seorang Seniman TuaR. Hamzah DuaDewan Sastera1 June 2001
Kamar PengantinNazri ShamURTV1 March 2009
Kamar 305Imlan AdabiDewan Sastera1 September 2007
Kamar KenanganNazriIbu1 September 2006
Kamar yang TahuAdimurniTunas Cipta1 January 2005
Kamar ItuMasli HusnaURTV1 July 2004
KamarDamono, Sapardi DjokoMalay Literature1 June 1992
Kamar KosongSitumorang, SitorMalay Literature1 January 1990
Kamar Kerinduan Seorang GadisNizaIbu1 December 2003
Kamar MalamS. Othman KelantanDewan Sastera1 March 1985
12345678910...

Kembali ke atas