Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kaum Pujabi: tercicir bahasa terpinggir budaya [Diwawancara oleh Habhajan Singh]Autar SinghDewan Budaya1 May 2007
Kaum, Bangsa, Dan Agama Dalam Peradaban MalasyiaKhoo Kay KimDewan Budaya1 July 2001
Kaum Cina menuntut hakThok Ker PongDewan Masyarakat1 August 2006
Kaum India tidak dipinggirkanS.Kumara PerumalDewan Sastera1 August 1997
Kaum nasionalis Indonesia di mata novelis Shamsuddin SallehChambert-Loir, HenriDewan Bahasa1 July 1977
Kaum Melayu tak jaya muafakatOmar KayaMajalah Guru1 April 1925
Kaum Iban dalam menghadapi tantangan zaman modenGerunsin LembatDewan Budaya1 July 1991
Kaum MelpaTiadaDewan Siswa1 April 1989
Kaum elita dan pembinaan kesusasteraanIsmail HusseinDewan Sastra15 July 1977
Kaum pegawai tinggi dalam perjuangan kebangsaanTiadaDewan Bahasa1 July 1962
12345678910...

Kembali ke atas