[ka.wat] | کاوت
Definisi : 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.wat] | کاوت
Definisi : ®kawad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.wat] | کاوت
Definisi : 1 tali yg dibuat drpd logam; dawai: Karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga. 2 = berita (khabar) ~ telegram: menerima ~ menerima berita yg disampaikan dgn telegram. ~ berduri kawat yg berduri utk dibuat pagar dll. ~ mata punai kawat beranyam, biasanya digunakan utk membuat reban dll. mengawatkan mengirim berita (khabar dll) dgn telegram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)