Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.na.ran] | کبنرن

Definisi : 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebenaran

Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kebenaran puisi dan kebenaran sejarahAristotleDewan Sastra15 July 1975
Kebenaran yang pahitSahrunizam Abdul TalibDewan Bahasa1 May 2009
Kebenaran ( sekuntum Kemboja buat Benazir Bhutto 1953-2007)Saif dhi YazanDewan Masyarakat1 February 2008
Kebenaran yang TerselindungSyahril Abdul JalilDewan Masyarakat1 February 2008
Kebenaran menyeluruh dan serpihanMuhammad 'Uthman El-MuhammadyMasa1 June 2006
KebenaranNurul Hidayah Abdul JalilKeluarga Harmoni1 July 2006
Kebenaran yang pahitMohd. Yusman AwangMassa31 July 1999
Kebenaran Keindahan KeadilanShafie Abu BakarMalay Literature1 January 1996
Kebenaran ilmuKamaludin EndolDewan Masyarakat1 April 1994
Kebenaran teori kesatuan ilmu: kesan forum kebudayaan dalam pandanganIslamAbu Siti KhairulDewan Budaya1 January 1990
123456789

Kembali ke atas