Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) se­suatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam pd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : ; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tidak berperasaan belas kasihan; bengis: Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya. mengejami 1 memperlakukan dgn kejam. 2 berlaku kejam kpd (terhadap); berbuat keras kpd: Mereka diusir, dikejami dan harta mereka dirampas. kekejaman perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Manusia KejamKesuma MurniHiboran Filem16 April 1956
Pembunuhan kejam seorang penyairSaleh Ben JonedDewan Sastera1 June 1991
Evolusi yang Kejam?Zainal KlingDewan Masyarakat1 April 2008
Kotakah Yang KejamArfah AhmanDewan Siswa1 July 1986
Irukandji comel tetapi kejamRusilawati Haji KamarudinDewan Kosmik1 January 2008
Kerana Manusia itu KejamTinta HijauMastika1 January 1969
Hawa Nafsu Yang KejamNilawatiMastika1 February 1949
Masharakat pembacha bersikap kejam terhadap perkembangan persajakanmodenShamsuddin Ja'afarDewan Masyarakat1 October 1965
Malam Tidak Selamanya Kejam Hidup Tidak Selamanya HitamWan MuhammadDewan Sastra15 March 1972

Kembali ke atas