Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ru] | کليرو

Definisi : 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KeliruWahbaDewan Sastera1 August 2006
Keliru Menggunakan Me(N)-...-kan dan Me(N)-...-iSuhaimi Mohd. SallehPelita Bahasa1 December 2004
KeliruMasuri S. NDewan Sastera1 March 1988
KeliruZanariah Wan A. RahmanWanita1 April 1991
Pengguna keliru dengan isu ubat tiruanTengku RethwanDewan Ekonomi1 July 1997
Tanggapan keliru pengkritik Titian PerjalananGoh, Peter AugustineDewan Sastera1 October 1994
Amalia Fauza KeliruMohamad ShahidanTunas Cipta1 May 2003
Di Cengkam KeliruSahrunizam Abdul TalibPerempuan1 May 2001
Sastera remaja: Sahlan keliru?Othman PutehDewan Sastera1 October 1989
Masih ramai yang keliru antara 'masyarakat' dan bangsaA. Aziz DeramanMastika1 January 1990
12

Kembali ke atas