[ke.long.song] | کلوڠسوڠ
Definisi : pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas; ~ azimat kelongsong logam berisi azimat yg dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.long.song] | کلوڠسوڠ
Definisi : pembungkus atau pembalut yg berbentuk bulat panjang atau bulat tirus (spt bentuk kon): ~ ular kulit tipis yg tanggal apabila ular bertukar kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)