Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nai.kan]/[ke.nai/.kan] | کناءيقن

Definisi : 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nai.kan]/[ke.nai/.kan] | کناءيقن

Definisi : 1 se­suatu (spt kereta, kapal terbang) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masya­rakat yg berpendapatan rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kenaikan harga minyak: dalam resah ada senyum...Ramli Abdul HalimDewan Ekonomi1 August 2008
Kenaikan harga minyakJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 July 2008
Kenaikan Petrol 40 Peratus Catat SejarahTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Kenaikan harga barang dan kesan sosialPadilah Haji AliDewan Budaya1 November 2007
Kenaikan harga minyak dan kadar faedah: kemungkinan yang boleh berlakuAsan Ali Golam Hassan, Dr.,Masa1 March 2006
Kenaikan harga: kepentingan pengguna mesti diutamakanAbd. Jalil AliDewan Masyarakat1 January 1998
Kenaikan harga minyak beban dan kepentinganAmir TanDewan Masyarakat15 June 1979
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Januari-April 2003TiadaBerita Jiwa1 January 2003
Kenaikan kadar tolMustafa DakianDewan Masyarakat1 October 1995
Kesan kenaikan harga minyak ke atas industri perkapalanNazery KhalidDewan Ekonomi1 August 2008
12

Kembali ke atas