Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rat] | کرت

Definisi : 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabis­an jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilang­annya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); mengerat memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (per­cakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : ; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : sebahagian drpd sesuatu yg telah dipotong; penggal; potong: se~ batang ubi kayu; pantun empat ~. berkerat sudah atau telah dikerat: Daun-daun pandan yg ~ itu pun dilayur. mengerat memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. terkerat terpotong; terpenggal. keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. ~ memanjang keratan yg dibuat secara memanjang (pd sesuatu). ~ rentas (lintang) keratan yg dibuat secara merentas sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pantun enam kerat (budi): aspek ekstrinsikNaapie MatTunas Cipta1 June 2006
Pantun Enam KeratRohman ShaaryDewan Sastera1 October 2000
Pantun Dua Kerat: Perihal SikapNaapie MatDewan Sastera1 February 2002
Pantun Dua Kerat: Perihal Kehidupan MasyarakatNaapie MatDewan Sastera1 September 2001
"Pantun Enam Kerat" dalam "Kerusi"Nassury IbrahimPelita Bahasa1 April 2001
Pantun Dua Kerat dalam Sehijau Warna DaunRahman ShaariPelita Bahasa1 August 2000
Pantun Empat Kerat (Adat): Gaya BahasaNaapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 June 2004
Analisis "Pantun Lapan Kerat" dalam KerusiNassury IbrahimPelita Bahasa1 May 2001
Maksud pantun empat keratNaapie MatDewan Sastera (Mekar Sastera)1 December 2003
Pemikiran dalam Pantun Dua KeratNaapie MatDewan Sastera1 May 2003
12

Kembali ke atas