Definisi : sj kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel); ~ bawah tanah (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; ~ cepat = ~ ekspres kereta api yg berjalan cepat dan hanya berhenti di stesen-stesen besar; ~ elektrik kereta api yg bergerak dgn menggunakan tenaga elektrik; ~ komuter komuter; ~ mel kereta api yg membawa surat, bungkusan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /keréta api/ kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)