Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utama­nya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat menge­luarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, meng­himpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengi­lang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kilang haram dan kerenah birokrasi kitaAbd. Jalil AliDewan Masyarakat2 January 2001
Kilang Perempuan Yang MalangRusman AliMastika1 July 1970
Kilang di angkasaTiadaDewan Siswa1 February 1987
Sektor kilang masa depan JohorTiadaDewan Ekonomi1 July 1997
Frontken buka kilang perkhidmatan di Iskandar MalaysiaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 May 2008
Simah Gadis KilangAhmad J. HuseinURTV1 December 1997
Susun atur kilang memaksimumkan keuntunganMat Hassan EsaDewan Ekonomi1 April 1998
Lawatan ke kilangNur Aini IsmailDewan Siswa1 July 1979
Di Jendela KilangSabda SMastika1 October 1990
Lawatan Saya ke Kilang MinyakChu Lee LeeDewan Pelajar1 March 1975
12

Kembali ke atas