Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kin.cir] | کينچير

Definisi : 1. = ~ air sj roda yg dipasangkan pencedok air pd lingkarannya utk mengairi sawah dll: ~ air digunakan utk mengambil air yg jauh di bawah dan tidak dapat mengalir ke sawah; 2. = ~ air sj roda besar yg diputar dgn kuasa air utk menggerakkan alat jentera; 3. = ~ angin sj roda besar yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum dll); 4. = ~ angin baling-baling; 5. roda pemintal (penggulung) benang, rahat; ~ padi Mn alat utk menggiling (mengisar) padi, penggilingan padi; berkincir; ~ alir = kincir alir Mn pintar (cekap) dlm menjawab dll; kinciran jentera (roda) yg digerakkan oleh air (angin dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kin.cir] | کينچير

Definisi : alat spt roda yg diputarkan oleh angin (air dll) utk sesuatu tujuan. ~ air a. jentera yg menggunakan roda (utk menaikkan air dr sungai ke sawah dll). b. roda yg digerakkan dgn kuasa air utk menjalankan jentera. ~ angin roda besar yg digerakkan oleh angin utk mengisar gandum dll. ~ padi alat utk mengisar padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kincir


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kincir angin di tengah laut?N. Z. AbidinDewan Siswa1 May 1991

Kembali ke atas