Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.si] | کوڠسي

Definisi : 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.si] | کوڠسي

Definisi : kumpulan yg terdiri drpd beberapa orang utk sesuatu tujuan: ~ gelap kumpulan sulit yg menjalankan atau yg melakukan sesuatu kejahatan (spt merompak dll). berkongsi bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. perkongsian hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kongsi Derita dan BahagiaRamadhan A. MFamili15 September 1990
Kongsi, gotong royong, Ali Baba (diwawancara oleh Dinsman dan SutungUmar Rs)Tan Kai HeeDewan Budaya1 November 1995
Rakan kongsi asing untuk protonMohd. FuadDewan Ekonomi1 January 2007
Formula kongsi kuasa dan tuntutan MCAMohd. Zaim JaafarDewan Masyarakat1 October 2007
Formula kongsi kuasaSivamurugan PandianDewan Masyarakat1 September 2007
'Liberalisme, pluralisme, kongsi raya dan rumah terbukaMohamed Azam Mohamed Adil, Dr.,Al Islam1 August 2006
Ceti Haram, Kongsi Gelap, dan KontroversiAdnan Abd. MajidDewan Masyarakat1 May 2003
Pak Sako kongsi derita dengan isteriTiadaPerempuan1 October 1991
Malaysia - Indonesia:rakan kongsi ekonomi yang dinamikMohd Najib Abdul RazakDewan Masyarakat1 May 1997
Kuala Lumpur: pusat kongsi gelapMohd. Tajuddin Haji Abdul RahmanDewan Siswa1 September 1980
12

Kembali ke atas