Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa ben­teng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubu (kata nama)
1. Bersinonim dengan pagar: benteng, tembok,

2. Bersinonim dengan tempat bertahan: tempat berlindung, tempat bersembunyi,

Kata Terbitan : berkubu, mengubui, terkubu, perkubuan,

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kubu komunis runtuh di sana siniKhalid JaafarDewan Siswa1 February 1990
Kubu Marudu MusnahAjikikDewan Siswa1 May 1980
Mengepung Kubu Di KhaibarHj.KhairuddinDewan Pelajar1 January 1973
DBP: kubu dan pusat perjuangan bahasaAbu Yazid AbidinDewan Sastra15 December 1977
Di Kubu MargheritaMohammed Zain A. HDewan Sastera1 December 1994
Dua kubu yang dilupakan di MuarSalleh HamzahDewan Siswa1 February 1979
Di Kubu SejarahDzuelkifli Mohd. ZinDewan Sastera1 August 1990
Di Dalam KubuAnjanglieDewan Sastera1 February 2004
Pecahnya empangan Kuala KubuWan Jamilah RahmanDewan Masyarakat1 November 1988
Lalang menjulang di Kubu AliceHamzah HamdaniDewan Budaya1 August 1983
12

Kembali ke atas