Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kursus Penataran Bahasa Melayu di Kem BukavuZabidah YahyaJendela Sarawak1 December 2007
Kursus PenterjemahanHasdiyanti KasdiWadah1 June 2008
Kursus asas penulisan cerpen daerah MuarRusdi Abdul RahmanDewan Siswa1 June 2007
Kursus Komsas Terakhir Tahun 2005Abdul Hadi KarimPelita Bahasa1 November 2005
Kursus Komsas untuk Guru Bahasa MelayuZainal JieePelita Bahasa1 October 2005
Kursus Komsas Zon TimurRohaya HarithPelita Bahasa1 September 2005
Kursus bahasa di BSKLSadatul Mahiran RosliPelita Bahasa1 May 1991
Kursus Bahasa Melayu untuk guru bukan MelayuAmiruddin M. HanafiahPelita Bahasa1 August 2000
KursusIrwan Abu BakarDewan Sastera1 November 2004
Kursus bahasa Malaysia di parlimenNoor Ashikin Abdul MajidPelita Bahasa1 August 1991
12345

Kembali ke atas