Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bel] | لابل

Definisi : kepingan kecil kertas (kad dll) yg dilekatkan atau ditampalkan pd sesuatu (spt botol, beg, dll) utk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dll); berlabel mempunyai label: botol itu tidak ~; melabel 1. memberi (mengenakan) label pd sesuatu: semua barang yg dijual perlu dilabel; 2. ki mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik spt jahat, suka menipu, dsb): ~ seseorang sbg pengkhianat; pelabelan perbuatan membubuh label pd sesuatu (barangan, tulisan, dll): undang-undang ~ di sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bel] | لابل

Definisi : kepingan kertas (kad, logam dll) yg berisi keterangan ringkas ttg sesuatu. melabel 1 melekatkan label pd sesuatu. 2 ki menganggap seseorang sbg; memandang sbg: Orang-orang kampung ~ dia sbg jelatang kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata label


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kesan buruk label guru terhadap muridAinon MohdDewan Masyarakat1 October 1998

Kembali ke atas