Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lain padang lain belalang lain lubok lain ikanAbdul Ghani ShahmaruddinDewan Masyarakat15 March 1963
Manusia, cinta, revolusi dan lain-lainSarjono, Agus RHorison (Kakilangit)1 August 2000
MB Pahang: sikapnya terhadap rakyat dan lain-lainAdam A. KadirDewan Masyarakat15 February 1979
Berkenalan dengan pengarang Batu Belah Batu Bertangkup dan lain-lain -Abdul Samad AhmadKhalid HussainDewan Sastra15 October 1972
Lain padang lain belalangTiadaJendela SarawakTiada
Lain Situasi Lain MaknaNukhlis Abu BakarPelita Bahasa1 December 2000
Lain pinta lain jadinyaEthel TurnerDewan Pelajar1 November 1979
"Lain dahulu, lain sekarang..."Suria JanibDewan Masyarakat1 September 2007
Lain Padang Lain BelalangZulkifli SallehDewan Budaya1 September 2002
Lain Padang Lain Lenggok PuisinyaMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 September 2006
12345678910...

Kembali ke atas