Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.ba/] | لمبق

Definisi : 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. banyak (berlimpah­-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik; berlambak, berlambak-lambak, melambak 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilong­gokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun­timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar); melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ; lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; perlambakan perihal atau kejadian ber­lambak: ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh; pelambakan perbuatan melambakkan se­suatu, penimbunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.ba/] | لمبق

Definisi : longgokan atau timbunan barang-barang yg tidak teratur: jual ~ jualan yg dibuat secara lambak (boleh dibeli satu-satu atau secara borong); pasar ~ pasar yg barang-barang dagangannya dilonggokkan (tetapi boleh dibeli secara runcit atau secara borong). berlambak 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. melambakkan melonggokkan (barang-barang dgn tidak teratur): Ia ~ kain-kain kotor di lantai. lambakan 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambak
Rujuk :timbun


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sastera lambak atau pemikiran lambak?Yahaya IsmailDewan Sastera1 April 1988
Lambak (novel), Zaid Ahmad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1974, 156 halamanYahaya IsmailDewan Bahasa1 August 1975
LambakZaid AhmadDewan Sastra15 October 1974
Lambak: eksistensi kaum nelayan dalam dilemmaJohan JaafarDewan Sastra15 December 1975
Pemikiran lambak dalam sastera: huraian sosiopolitik diperlukanRustam A. SaniDewan Sastera1 July 1988
Pengguna Berotak LambakZaharah NawawiDewan Budaya1 August 2000
Peristiwa Di Pasar LambakAbd. Ghani Abd. KadirDewan Pelajar1 January 1973
Jasad dan rohani Lambak karangan Zaid AhmadShahnon AhmadDewan Sastra15 July 1977
Saya Sebuah KeretaMohamad Adam LambakDewan Pelajar1 July 1979

Kembali ke atas