[lam.pu] | لمڤو
Definisi : 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupakan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg menggunakan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mempunyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lam.pu] | لمڤو
Definisi : alat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)