[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢
Definisi : 1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda menitahkan pula mereka membentangkan tabir dan ~ yg indah-indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras); berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢
Definisi : , lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)