Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rang] | لارڠ

Definisi : ; melarang menahan drpd melaku­kan sesuatu, tidak membenarkan (meng­izinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak di­benarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rang] | لارڠ

Definisi : Mn jarang, tidak selalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rang] | لارڠ

Definisi : ; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larang
Rujuk :tegah

Puisi
 

Gunung Lingga berkarang-karang,
     Gunung beratur empat-empat;
Abang gila saya tak larang,
     Asal tentu dengan tempat.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pantang larang wanita Melayu mengandungSiti Khariah Mohd ZubirDewan Budaya1 February 2009
Pantang larang menyebut nama orang MelayuAinon MohdDewan Budaya1 October 1997
Pantang larang dan mitos rumah MelanauSamsudin SuhailiDewan Budaya1 September 2004
Pantang larang dan proses sosialisasiRokiah TalibDewan Budaya1 August 1979
Pantang larang dan berhadapan binatang liarAhmad FahmiDewan Siswa1 April 1995
Kenapa larang anak-anak berdakwah!Sharifah Fouziah Syed HassanDewan Siswa1 January 1985
Pantang larang bertujuan dalam masyarakat MelayuAmi MasraMastika1 February 1973
Pantang larang orang tua2Sarinah MasmawiBahana1 January 1973
Bahasa pantang-larang di Pulau Tioman: releksifikasi semasa menuaiCollins, James TJurnal Dewan Bahasa1 October 1992
Adat dan pantang larang orang CinaHaslina HassanMastika1 October 1994
12

Kembali ke atas