[laun] | لاءون
Definisi : lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat-lambatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[laun] | لاءون
Definisi : lambat; lengah; perlahan-lahan: lambat ~ lama-kelamaan. berlaun mengerjakan sesuatu dgn lambat. melaun-laun melambat-lambatkan; melengah-lengahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)