Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leftenan


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Leftenan Pandang Ke TimurIbuse, MasujiPenulis1 July 1996
Perjuangan bahasa ibarat pertempuran [wawancara bersama Panglima Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin]Norizan MuslimPelita Bahasa1 January 2008

Kembali ke atas