Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagaiĀ­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekukĀ­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Kerja yang bukan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lekuk aras laut penanda kunoHabibah Hj. JamilDewan Kosmik1 April 2003
Rahsia Lekuk BumiPyanhabibDewan Sastera1 July 1987
Perkataan lekuk dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 September 1996
Satu, dua, tiga, lekuk ... segar dalam ingatanRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 July 2005
Kebisuan Wanita Dalam Drama 'Lekuk Pasir - Sebuah Monolog'Wan Roselezam Wan YahyaMonograf Bahasa,Sastera dan Budaya Melayu1 November 2000

Kembali ke atas