Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barang­kali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepi­kan: pemindahan beramai-ramai oleh pen­duduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengang (adjektif)
Bersinonim dengan sepi, sunyi, tidak sibuk, tidak ramai orang, senyap, diam, hening, kosong, hana;,
Kata Terbitan : melengangkan, kelengangan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Catatan Lorong LengangMahafiz AhmadDewan Siswa1 January 1987
Di Tepi Jurang Lengang BatuputihTawar, Mahwi AirHorison1 September 2006
Di Sebatang Jalan LengangAzmi YusoffDewan Sastera1 January 1991

Kembali ke atas