Definisi : (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (léréng) Jw corak yg menyerong (pd kain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /léréng/ 1 permukaan bukit yg miring atau senget; sisi bukit (gunung): Biasanya pokok teh ditanam di ~-~ bukit. 2 permukaan di keliling benda pipih atau bundar (spt roda). kereta ~ basikal. lereng-lereng roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. melereng 1 landai atau miring (bkn tanah). 2 bergerak berguling-guling (bkn roda). lerengan tanah yg menurun (biasanya pd bukit, gunung dll): ~ bukit itu ditumbuhi semak samun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)