Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelap­kan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Hutan lipur tempat bermalam,
     Sungai Pahang airnya tenang;
Walaupun jauh rindu mengidam,
     Tapi bimbang masuk meminang.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lipur Lara Sasterawan NegaraRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 May 2000
Lipur lara kerabat dirajaMustafa K. AnuarDewan Masyarakat1 July 1996
Sastera Lipur Lara dalam Tiga Negeri SenawarA. Hamid JemainDewan Sastera1 June 2003
Cerita Lipur LaraMohd. Yusof Md. NorDewan Sastera1 May 2001
Hutan Lipur Serting Ulu: alam hijaunya mengasyikkanShiel KamarudinDewan Masyarakat1 May 1997
Sastera lipur lara dalam Tiga Negeri SemawarA. Hamid JemainDewan Sastera (Mekar Sastera)1 June 2003
Hikayat Lipur Lara Melayu: Melihat konsep dan nilai pat riotismeSahlan Mohd SamanPangsura1 November 1996
Ekspedisi hutan lipur Gunung PulaiNurulhuda Mohd. NorDewan Siswa1 July 1998
Bangar, gobar, kelambur, lipurTiadaPelita Bahasa1 April 1999
Merawat Lelah di Hutan Lipur LentangSahrunizam Abdul TalibDewan Siswa1 April 2009
12

Kembali ke atas