Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.dah] | لوده

Definisi : air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur; ~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~ bekas utk menakung ludah; berludah, meludah membuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ muka­ku; meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludah­kannya ke dlm sebuah peluahan; peludahan bekas tempat meludah; peludah orang yg selalu dan suka meludah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.dah] | لوده

Definisi : , = air ~ air yg keluar dr dlm mulut; air liur: ~ sirih ludah yg berwarna merah kerana makan sirih. berludah mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. meludahi berludah pd; mengenakan ludah pd: ~ lantai. meludahkan 1 menyemburkan ludah. 2 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut: Dia ~ darah yg keluar dr gusinya yg luka itu. peludahan bekas tempat berludah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ludah

Puisi
 

Kain batik pakai terbalik,
     Pakai budak raja Padang;
Sudah ludah jangan dibalik,
     Tidak manis dipandang orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dilarang membuang ludah di Loung kopi?Razali SaadPelita Bahasa1 December 1989

Kembali ke atas