Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : ; ~ dahan sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan, mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum ovalifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.pa] | لوڤا

Definisi : 1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lupa-lupa mengingatkan tidur-tidur menjagakanSutung Umas RsDewan Budaya1 July 1990
Lupa atau tidak ingatS. NathesanDewan Bahasa1 May 2007
Lupa - amnesia atau demensia?Nik Khartinab Nik ManDewan Kosmik1 September 2008
Lupa Dalam NyataAlhana SallehDara.com1 May 2005
Lupa DiriMahli A. BUmmi1 May 1998
LupaYani, AhmadHorison (Kakilangit)1 August 2000
Jangan Lupa Pulangkan Topeng ItuMohd Fadzil YusofDewan Budaya1 March 2009
Tidakku LupaHambali Abdul RazakIbu1 January 2007
Jangan lupa masalah lalu-lintasAbdul Wahab KasibonDewan Ekonomi1 August 1997
Sering lupaRahmad SukorDewan Siswa1 July 1998
1234

Kembali ke atas