Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Luruh Di Dasar LautanS MahadzirSarina1 February 2003
LuruhLee Keok ChihWanita1 April 2001
Musim Luruh di Kinugawa dan NikkoASHTiadaTiada
Musim LuruhNoordin HassanDewan Sastera1 November 2005
Musim Luruh Yang NakalRustam A. SaniDewan Sastra15 November 1972
Dedaun Yang LuruhWan Fazmilia Wan AhmadDewan Siswa1 September 1989
Catatan Kecil di Musim LuruhNaapie MatDewan Sastera1 May 1998
Loceng Senja (Menjelang Musim Luruh/Dingin di Lisboa)Cheah Chor SooiDewan Sastera1 June 1992
Senja Mejelang Malam di Cambridge di Musim LuruhRaja Sabarudin AbdullahDewan Sastera1 December 1991

Kembali ke atas