Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Makna tambahan dan makna emotif bagi sinonim "sakit"Latifah OthmanPelita Bahasa1 July 1991
Pentas Opera: makna khusus dan makna berkembangRahman ShaariDewan Budaya1 January 1990
Ganti nama pinjaman: Makna konotasi dan makna emosiAinon MohdPelita Bahasa1 October 1998
MaknaNur Quratu AinJendela Sarawak1 April 2007
Makna "Hari Ibu"Padilah Haji AliDewan Budaya1 June 2007
Makna yang tersirat [ ulasan buku Sistem Panggilan Dalam Keluarga Melayu : satu DokumentasiTovud PomogunanDewan Bahasa1 April 2007
Makna dan kataFaisal TehraniDewan Siswa1 May 2007
Makna Interpretif: Kes Ironi Bahasa MelayuMaslida YusofDewan Bahasa1 December 2000
Makna yang Tergantung pada KataShamsudin OthmanTunas Cipta1 September 2006
Makna tersurat dan tersirat dalam sajakA Halim AliTunas Cipta1 February 2009
12345678910...

Kembali ke atas