Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Maksud pantunSiti Zaleha M. HashimPelita Bahasa1 December 2007
Maksud kata tugas dalam tajuk karangan dan eseiAbdul Aziz Abdul TalibPelita Bahasa1 March 1991
Maksud pantun empat keratNaapie MatDewan Sastera (Mekar Sastera)1 December 2003
Maksud modenisasiSee Poon KimDewan Masyarakat15 March 1974
MaksudMoenir, DarmanHorison1 March 1976
Menghayati Maksud Raja BerperlembagaanAdam KadirDewan Masyarakat1 May 2008
Menggali maksud, menyatakan hasratRitah YahyaDewan Bahasa1 November 2006
Perbezaan maksud perkataan /khlok/ dalam dialek Thailand Selatan:suatu huraian etimologiPitsamai IntarachatDewan Bahasa1 December 1983
Pembayang maksud dan pembawa rangkapRidzuan AtanPelita Bahasa1 July 1993
Mencari maksud sajakRahman ShaariDewan Siswa1 February 1989
1234

Kembali ke atas