Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.las] | مالس

Definisi : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
MalasAbdul Halim "R"Dewan Sastera1 October 2003
Malas belajar: fenomena baru yang menggerunkanJaafar RahimDewan Siswa1 July 1993
MalasMohd. Khadhir HassanDewan Siswa1 June 1991
Padah malas berfikir takut bersuaraA. Kadir JasinDewan Masyarakat1 March 2004
Orang Malaysia Malas Membaca?Mat LeturDewan Masyarakat1 January 2008
"I Dah Malas Fikirkan Lelaki..."A. Samad SaidDewan Budaya1 July 2002
Masyarakat Malaysia malas membaca?Amin ShakibDewan Ekonomi1 September 1997
Masyarakat Malaysia malas membaca - hanya satu mitosMaizura Mohd EderisMilenia Muslim1 January 2005
Orang muda malas nak berkarya?Mohd. Khairulanuar ManshorTunas Cipta1 October 2005
Tidur kerana malasTiadaDewan Siswa1 November 1990
12

Kembali ke atas