Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Manusia-manusia BinatangAminMutiara1 February 1956
Manusia-manusia GilaOtongDewan Sastera15 July 1980
Tentang "jam manusia", "minggu manusia" dan "bulan manusia"Awang Had SallehPelita Bahasa1 November 1990
Melayani Manusia Seperti ManusiaMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat1 October 2008
Taraf manusia sebagai manusiaZakaria StapaDewan Budaya1 November 1988
Dari Manusia Kepada ManusiaEnny Eng. SVariapop15 July 1995
Manusia: Konflik Sesama Manusia, Alam Sekitar dan TuhanMisran RokiminDewan Sastera1 December 2002
Manusia Di Sebalik ManusiaNahmar JamilDewan Sastera1 February 2009
Manusia berbudaya dan manusia tidak berbudayaS. Othman KelantanDewan Budaya1 August 1986
Trajedi manusia di-tengah2 bukan-manusia: 'Bunga Rumah Makan' dan'Awal Dan Mira'Aveling, Harry GBahana1 January 1970
12345678910...

Kembali ke atas