Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke se­rata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (ter­kenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; pemasyhuran perihal memasyhurkan (me­nyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyhur
Kata Terbitan : termasyhur, memashurkan, kemasyhuran, pemasyhuran,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pemalsuan paling masyhurAmir Amri Mohd. MokhtarDewan Siswa1 April 1980
Tarikh hidup setengah daripada orang Islam yang masyhur.ZabaMajalah Guru1 January 1901
Tarikh hidup setengah daripada orang-orang Islam yang masyhurZabaMajalah Guru1 July 1925

Kembali ke atas