Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tindakan matang: sebaiknya mengadu kepada AllahChe Nor Sakinah ItamDewan Agama & Falsafah1 May 2003
Sejarah Larut Matang Sebagai IlhamTalib SamatTunas Cipta1 September 2006
Inggeris sawo matangAdam A. KadirDewan Masyarakat15 March 1982
ASEAN semakin matangMohd. Rosli MohamadDewan Masyarakat1 February 1996
'Natasha 2' lebih matangAiza Akma ramlanMedia Hiburan10 February 2007
Peniaga Melayu Belum Matang?Anuar AhmadDewan Masyarakat1 April 2008
Kemerdekaan lebih dahulu matang dalam fikiranBaha ZainDewan Sastera1 October 2007
Puisi-puisi yang matangAhmad RazaliDewan Siswa1 August 1985
Dayang Suhana masih belum matangFaridah MericanDewan Budaya1 August 1979
Anak Kita KiniSri MatangIbu4 January 2001
12

Kembali ke atas