Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.car.kan] | ملنچرکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Melancarkan Buku Karya Pendidik TerengganuAlias IsmailPelita Bahasa1 February 2002
MSU melancarkan ekspedisi penjagaan kesihatanMohd Arif Abd KadirDewan Kosmik1 May 2008
HeiTech melancarkan pusat data bertaraf duniaMohd Khairulanuar Manshor dan Shamsiah Abd. KadirDewan Kosmik1 July 2008
Jurutera logistik melancarkan perjalanan operasi industriHassan AliasDewan Siswa1 August 1996

Kembali ke atas