Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : : jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Orang berkubu batang pisang;
Orang tua melawan budak,
     Ibarat aur ditarik songsang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana layang-layang melawan angin.

Bermaksud :

Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Melawan si tukang sakatTiadaDewan Pelajar1 September 1981
Melawan krisis keyakinan terhadap bahasa MelayuWan Mohamad Wasif bin Wan MohamadMajalah I1 February 2009
Melawan SepiNurrasyyiURTV1 December 2008
Melawan SepiPutri AinfarisyaMingguan Wanita5 September 2008
Melawan tiran dengan penaRampan, Korrie LayunHorison1 July 2007
Melawan ArusAzrina KarimDewan Budaya1 July 2003
Melawan Gejala Negatif: semua orang perlu kekuatan imanAbd. Jalil AliDewan Agama & Falsafah1 September 2003
Melawan ArusSafri AliMastika1 March 1987
Melawan penyakit tanpa ubatArshad RawianDewan Siswa1 May 1986
Melawan penyakit tanpa ubatTiadaDewan Siswa1 March 1987
12

Kembali ke atas