Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Melihat teater (Drama) Sebagai Satu Cabaran Seni Yang Lebih LuasAwang AbdullahDewan Sastera1 January 2002
Melihat ke Dalam DiriAbdul Halim AliDewan Sastera1 February 2002
Melihat yang lain dengan pandangan yang baikRitah YahyaDewan Bahasa1 January 2007
Melihat Senja di PelabuhanJamaluddin DDewan Sastera1 December 2002
Melihat Konflik Keluarga "Nenek"Hasan Baseri BudimanDewan Sastera1 October 2001
Melihat Diri dalam Catatan Munsyi AbdullahSheila rs.Dewan Sastera1 March 2001
MelihatAbizaiDewan Sastera1 February 2001
Melihat sisi positif kehidupan [Ulasan buku Persimpangan Lebuh Raya karya Chacho Haji Bulah]H. AdryDewan Sastera1 March 2009
Melihat jauh ke hadapan [nota editor]TiadaDewan Ekonomi1 July 2008
Melihat dari sisi yang lainRitah YahayaDewan Bahasa1 January 2009
12345678910...

Kembali ke atas