Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lon.ja/] | ملونجق

Definisi : 1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lon.ja/] | ملونجق

Definisi : 1 melompat ke atas dgn kedua-dua belah kaki (utk mencapai sesuatu): Ia ~ hendak mencapai bungkusan yg di atas para itu. 2 melambung (bkn bola): Bola getah itu ~ apabila dicampakkan ke tanah. 3 meningkat naik atau melompat naik dgn tiba-tiba (bkn harga): Harga gula ~ dr 20 sen hingga 40 sen sekati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lonjak
Kata Terbitan : berlonjakan, berlonjak-lonjak, melonjak, terlonjak-lonjak, lonjakan,

Peribahasa

Melonjak badar,
     melonjak gerundang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Keuntungan Bank Islam melonjak 288 peratusJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 January 2008
Harga minyak sawit mentah melonjak lagiIqmal HijjazDewan Ekonomi1 March 2007
Harga Minyak Mentah Dunia Terus MelonjakTiadaDewan Masyarakat1 May 2008

Kembali ke atas