Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ per-usahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semuaLee Lam ThyeDewan Masyarakat1 March 1998
Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semuaA. Rahman RahmatDewan Masyarakat1 March 1998
Memajukan bahasa Melayu dan kesusasteraan-nyaZ'abaDewan Bahasa1 September 1957
Memajukan Industri Buku NegaraJohan JaaffarDewan Masyarakat1 April 2003
Memajukan teknologi pendidikan (diwawancara oleh Dinsman dan SutungUmar Rs)Najib Tun Abdul RazakDewan Budaya1 December 1995
Memajukan bahasa Melayu melalui pelanconganSutung Umar RsPelita Bahasa1 September 1996
Memajukan sektor pertanianTiadaDewan Masyarakat1 October 2005
Memajukan Melayu melalui genetikRahmat HarounAl Islam1 March 2004
Langkah memajukan perniagaanAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat1 October 1998
Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf)Sulaiman Haji DaudDewan Masyarakat1 March 1998
12

Kembali ke atas