Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Alah membeli menang memakai,menang membeli menang memakaiAripin SaidPelita Bahasa1 September 1992
Baik buruk memakai cermin mataKok Chin HorDewan Siswa1 July 1987
Syarak Berkata Adat Memakai [Lentera Mustika Siri Ke-23]Nisah HaronAniqah1 January 2008
Alah Membeli Alah MemakaiHassan AhmadDewan Budaya1 October 2003
Iqbal tidak mahu memakai TuhanAlessandroMastika1 July 1973
Mengapa majallah ini tidak memakai ka'edah ejaan kongres?TiadaDewan Bahasa1 October 1957
Tembaga: alah membeli menang memakaiAlias Haji YusofDewan Budaya1 October 1979

Kembali ke atas