Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tinjauan minat membaca di Lembah Kelang siapa yang membaca, siapa yangtidak membaca?Mohd. Hamdan AdnanDewan Masyarakat1 September 1994
Apa hobi saudara, membaca: di Jepun membaca darah daging rakyatnyaArshad KhalidDewan Masyarakat15 March 1982
Membaca SejarahMarsli N.ODewan Sastera1 July 2002
Membaca AnginMarsli N.ODewan Sastera1 November 2002
Membaca Sebagai PenulisHizairi OthmanDewan Sastera1 December 2000
Membaca Memerdekakan MindaLim NikkieDewan Siswa1 March 2009
Membaca bacaan bermutu (surat pembaca)Mustaffa SirajPelita Bahasa1 August 2008
Membaca Pemikiran Adam KadirSuria JanibDewan Masyarakat1 August 2008
Membaca dengan pendengaranZamri MohamadDewan Bahasa1 April 2008
Membaca Masa SilamM. Hasan SanjuriHorison1 January 2008
12345678910...

Kembali ke atas